I AM STRONG ENOUGH

BUT IT DOESN'T MEAN I CAN'T CRY AT ALL

Thursday, March 18, 2010

Erti Sahabat: Siri 1


Nama saya Firdaus. dan saya juga mempunyai seorang sahabat yang bernama Firdaus. yang membezakan kami adalah dari segi BIN. malah, umur kami juga di tahap yang sama. kami banyak berkongsi persamaan dari pelbagai sudut. persahabatan kami hampir menjangkau empat tahun. ya, empat tahun! lama bukan?

Kami banyak berkongsi persamaan. bukan dari sekadar nama, malah dari pelbagai sifat. dia seorang yang kuat cemburu apabila kekasihnya berdampingan dengan orang lain. begitu juga dengan saya. kadang kala cemburu tidak bermaksud tidak meletakkan kepercayaan kepada seseorang, tetapi ia lebih bersifat cemburu kerana sayang. takut akan kehilangan.

Dia juga seorang yang terlalu analitikal dalam perhubungan. begitu juga dengan saya. kalau boleh, setiap apa yang berlaku dalam perhubungan percintaan, seboleh-bolehnya perlulah diberitahu supaya hati tidak berasa gundah gulana.

selain itu, dia juga suka memberikan kekasih hatinya pemberian berbentuk hadiah. saya pun begitu. kalau boleh setiap masa nak diberikan sesuatu kerana ia membuatkan kami rasa bahagia apabila orang yang disayangi menerimanya dengan hati yang terbuka.


dia juga bersifat terlalu setia dalam hubungan percintaan. sepanjang saya mengenali dia, apabila dia sudah jatuh cinta kepada seseorang, maka dia akan menutup pandangannya kepada orang lain. maka tidak hairanlah mengapa saya pun begitu.

Firdaus Hamzah juga adalah seorang pendengar yang baik. apabila terdapat permasalahan yang berlaku dalam percintaan, maka, orang pertama yang saya akan cari adalah dia. begitu juga dengan saya, apabila saya dirundum masalah tentang percintaan, maka dia akan sedaya upaya membantu saya untuk menyelesaikannya. saya sangat terharu apabila dia menitiskan air mata melihat keadaan saya yang terlalu dihimpit kesulitan tempoh hari.

Dia juga seorang yang penyanyang. dia pernah berkata bahawa dia akan menjaga kekasih hatinya sehingga ke hari tua. dan sebenarnya, saya juga begitu, kerana saya akan pastikan saya juga akan menjaga kekasih hati hingga ke akhir hayat. begitu tinggi impian kami bukan?

Apabila kami berasa bosan, maka kami akan mencari suatu sudut untuk berdansa. pelbagai jenis lagu yang kami dah bawa. Dari irama tradisional hinggalah ke tarian moden. Dia sangat hebat menari, tapi saya hanya sekadar mengikut pergerakkannya. asal nampak ada gaya, jadilah.
Dia meminati ilmu perundangan, begitu juga dengan saya, tapi nasib tidak menyebelahi saya. kini saya dan beliau di tahun yang sama dan belajar di Universiti yang sama tetapi berlainan Kampus.


Selain itu, percintaan dia dan kekasihnya, dan juga saya dan kekasih saya, telah ditabalkan dalam kategori "Percintaan Jarak Jauh". terlalu banyak dugaan yang dilalui. tapi, berbekalkan hati yang tabah, maka sehingga ke hari ini kami masih mengekalkan perhubungan masing2. Melaka dan Kuala Lumpur yang dipisahkan oleh Negeri Sembilan. berbekalkan semangat yang kuat, kami telah diuji oleh pelbagai dugaan, walau seperit manapun, kami masih berjaya mengharunginya dan mengekalkan perhubungan masing2. harap2nya sampai bila2 pun kekal.


bukan sekadar ini sahaja persamaan diantara kami berdua. masih banyak lagi, dan kerana itulah kami telah menjadi sahabat yang baik. terdapat juga beberapa perbezaan diantara kami. saya adalah seorang yang jenis mendesak, tetapi dia lebih bersifat cool. saya terlalu gopoh bertindak, dia banyak berfikir dahulu.

perlukah ditukar segala perbezaan itu? pastinya tidak! kerana Bukan diri sendirilah namanya. akan tetapi, setiap masa saya dapat merasakan yang saya semakin matang dalam perhubungan, percintaan dan mengubah sedikit demi sedikit sifat2 yang kurang enak dalam diri saya. berubah untuk kebaikkan dalam percintaan tidak salah bukan?

Dan yang paling penting sekali, kami berdua sangat bahagia buat masa ini disamping orang tersayang. harap2nya berkekalan...

Firdaus Hamzah, Dialah Sahabat baik saya...

5 comments:

Unknown said...

kwn y baek 2 ssh d cri kn,,keep it :-)

bella berry' said...

semoge kowang kawan sampai bile bile.amin. :)

Ahmad Firdaus @ Yau said...

bella: hehe mekasih..pasti kami akan kawan sampai bila2...

iss: yup, satu dalam sejuta mungkin....ahaha

Unknown said...

Mcm kenal je budak itam yg dalam pic nie.... :)

Ahmad Firdaus @ Yau said...

Shadowthorne,
xkan x kenal?
ni la budak gile tuh, slalu ade kat haji taib..ahaha :-)