I AM STRONG ENOUGH

BUT IT DOESN'T MEAN I CAN'T CRY AT ALL

Monday, March 8, 2010

Aku dan Senyuman...

Bangun tido terus tersenyum.
mimpi indah katenye.
bukan mimpi basah.

terbangun dari lena, dia depan mata,
masa tu kami duduk serumah dah, dah kawin masa tuh
dia mandikan saya, die ucap "i love you sayang"
dia kucup dahi saya,
saya cium tangan dia, dia kasi lagi satu ciuman di dahi
dia ukir senyuman yang manis untuk saya,
dia marah saya bila saya x ingat kat dia.
dia kata jangan balik lambat2, dia rindu.
dia kata kene selalu call dia, takot2 dia rindu nak dengar suara saya.
bila balik dia masak untuk saya,sebab dia andai masak
nak tidur dia akan peluk saya erat
tengah2 malam dia akan bangun untuk bagi saya ciuman sekali lagi...


macam2 lagi yang berlaku dalam mimpi tuh..
sebab tu lately saya tido lama2,
lebih kurang dekat 10 jam sehari.
separuh waktu siang, separuh lagi sebelah malam.
dah 4 hari mimpi yang sama.
dari hari jumaat (5 march) aritu sampai la hari ni (8 march).
terbangun je dari mimpi tadi, terus saya bukak lappy untuk sampaikan pada dunia
betapa saya sangat gembira berjumpa dengannya dalam mimpi tadi.


asal bangun je akan tersenyum.
nak tido pon akan tersenyum.
sebab dalam mimpi je dapat jumpa.

kalo boleh xnak bangun2 da, boleh dak?
nak tido lama2, dapat jumpa slalu.
dapt rasakan kehadirannya depan mata.

benar rupanya, aku hanya bermimpi.
uhh mimpi, alangkah indahnya jika itu sebuah kenyataan dalam hidupku...
mungkin suatu hari nanti...

kilauan yang aku ada kini sudah semakin malap.
dimana hilangnya sinar itu?
kerana adanya awan ego yang menebal.
aku tak pasti mengapa...

No comments: