I AM STRONG ENOUGH

BUT IT DOESN'T MEAN I CAN'T CRY AT ALL

Friday, August 20, 2010

Rakan sebilik

dan yang buat kita rasa sangatlah dihargai apabila bersama dengan orang tersayang walaupun ia sekejap. pengalaman mengajar! entah kenapa, semenjak dua ni rasa semacam. kosong, gembira dan satu kepuasan yang tak tahu untuk apa. menjadi seorang yang semakin emosi setiap hari. mungkin kerana dah sampai satu tahap matang rasanya, mungkin.

dan waktu itulah rakan sebilik memainkan peranan untuk cuba memahami keadaan. yang selalu dia buat untuk gembirakan hati walaupon kata2nya yang menyakikan hati je ( selalunya). tapi tak mengapalah, sekurang2nya ada juga tempat melepaskan emosi yang tidak tenteram kebiasaanya hadir apabila waktu2 sukar mendatang. buat masa sekarang ni, terlalu sibuk dengan study yang sangat azab buat masa ni. lagi2 bulan ramadhan yang memberi banyak dugaan. tak larat sudah! mencarut dalam hati ja ( walaupun selalu lepas juga)

berbalik tentang rakan sebilik, seorang yang sangat tidak begitu hemah tentang kata2nya yang seringkali buat saya sakit hati yang mendalam juga. yang caranya lebih kepada "coercion power". tapi bukan pada saya, akan tetapi kepada rakan serumah yang lain.

beberapa perkara yang buat kami masing2 bergadoh hanya kerana isu yang kecil. berebut untuk memilih sebagai pembonceng die belakang. lagak gaya seperti seorang kuli dan bos. tetapi dia yang mengalah atas pujuk rayu saya untuk tidak memandu motorsikal yang selalu mendapat perhatian tu. dasar dua2 orang ni pemalas untuk memandu. hanya kerana motor sahaja, kami akan bertekak, tapi sekejap sahaja la. tapi ia akan menjadi rutin setiap hari untuk memilih jalan untuk bergaduh.




berkaitan bilik pula, kalau nak dibandingkan rakan serumah yang lain, kami yang paling hygiene. bila ada sedikit habuk sahaja, habis satu bilik di transformasikan sehingga menjadi seperti bilik 5 bintang. siap dengan aroma therapy lagi (kalo rajin nak pasang la. waktu malas aroma therapy dengan asap rokok ja) haha

bila bercakap soal cinta...haaa!!! padan muka aku! kene berleter sampai nak menanah telinga ni dengar. kan saya dulu pernah berputus cinta dengan seseorang, dan masa itulah dia menjadi pendengar (yang tidak berapa setia) kepada saya. tapi disebabkan saya ni hati basah agaknya, sampai nak meleleh jugak la air mata bila kene leter dengan rakan sebilik ni. tapi yang paling seronok, bila saya memerlukan ruang untuk duduk berseorangan di dalam bilik, melayani perasaan yang sebanyak gila (bila teringat tentang seseorang), maka dia akan mencari tempat beradu yang lain. maka, katil kelamin itu hanya saya yang memonopolinya. haa sangat girang rasanya tidur seorang diri. terbaik!

yang berkaitan pelajaran pula, dia juga merangkap rakan sekumpulan dalam setiap tugasan2. apa lagi, waktu2 macam ni la saya gunakan kuasa saya untuk membuli dia supaya menyiapkan kerja2 tersebut dengan memberi peruntukkan sedikit banyak dari saya punya bahagian. bila lagi nak buli! kalau orang lain berlima dalam sekumpulan, kami pula hanya berdua sahaja untuk setiap tugasan. alah, apa la sangat kalau berlima. buat serabut kepala sahaja. berdua lebih baik! haha dan selalunya kami memilih untuk mempersembahkan setiap tugasan seawal mungkin. dan kami juga diberi title "over" dikalangan rakan2 kerana selalu sangat bertanya soalan bila yang lain sudah habis membentangkan tugasan mereka. dan masa itu juga orang lain akan tarik muka sebab soalan lebih kurang membunuh juga! kalau nak bercakap soal politik atau apa2 sahaja berkaitan kerajaan, saya lah orang yang akan membidas dengan jayanya.

walau apa2pun, kami adalah rakan sebilik, rakan sekelas, rakan se-universiti, rakan serumah, rakan sekumpulan yang seringkali mempunyai perbezaan yang amat ketara dari segala aspek, mahupun tingkah laku...

tetapi.......

saya telah berjaya membuatkan rakan sebilik saya ni sedikit jiwang!!!
ya, dia sudah berkecimpung dengan lagu-lagu jiwang (kalau dulu hanya mendengar lagu2 pecah otak saaja), cerita-cerita Korea yang selalu saya tonton, dan apa2 sahaja yang berkaitan sentimental value.

dan dia kini menyalahkan saya dengan mengatakan pengaruh rakan sebaya!

oppss...saya tidak bersalah. soal jiwang tanya hati masing2 ya. ngeh.

nak tahu macam mana nak jadi jiwang?
layan cerita korea ni



-Personal Taste-

4 comments:

SyaNa_SaN said...

hye yau..

amboi.. berdua lebih baeq yer!!

sweet lah korang ni. jarang jumpa lelaki yg ada best fren.. haha

http://syanasan.blogspot.com/2010/08/celoteh-kehidupan-pusat-islam-uitm-shah.html

Ahmad Firdaus @ Yau said...

syana ni bukan kawan baik la..ni musuh dalam selimut..haha

Anonymous said...

alalalala....tomey nye kawan sy yang berdua ni..so sweet~

Ahmad Firdaus @ Yau said...

ikin...awak ingat awak ngan ika je leh pose macam tuh..saya pon leh gak..hahatapi papepun, kite ttp igt kat awak..ahahha