Renungan pada sepasang sayap merpati
Aku mengharapkan pawana membawa aku mendekati
Beterbangan mendekati merpati itu
Yang putih bersih umpama cintamu
Pernah kau jinak mendekati jemariku
Aku rindu pada mesramu
Kau umpama merpati putih itu
Menarik perhatian..
Menyentuh hatiku yang mengagumimu
Seringkali datang dalam kaca fikiran
Menghiasi nyata dan mimpiku..
Ku gembira dengan kicauan gembiramu
Namun masa seakan mencemburui kita
Kau..si merpatiku..kian jauh
Jauh berterbangan..menyentuh emosiku
Jauh beribu batu..aku masih rindu
Kukirim kasih melalui bayu..
Tidak kupasti akan kau sahut dan tahu
Andai ku tidak punya belas
Maka kau kutempatkan dalam sangkar cinta
Supaya tidak dapat kau lari
Namun kerana kau kukasihi
Sayapmu kubiar membawa kau pergi
Sendu & rinduku ini umpama hujan
Kelak kau terbang lalu gugur rintiknya padamu
Itulah aku yang merindui & mengingatimu..
Seakan mengharap engkau kembali
Tetapi tidak mampu berbuat apa melihat kau pergi...
.:kar:.
No comments:
Post a Comment