hari ini, tergerak hati untuk merasa udara KL yang kurang berkhasiat tu. yang sebenarnya tak ada idea untuk kemana2 pun. bangun saja dari tidur, terus membelek handphone yang sudah sekian lama membisu, macam tak hidup pun ada. biasalah, dah jadi solo ni, handphone pun macam dah tak penting lagi. dan selepas itu, ada pula seorang kawan ni ajak teman dia ke beberapa destinasi yang tidak tahu atas dasar apa mahu kesitu
jejak yang pertama, ikutkan saya kemahuan dia, belikan tiket Light Railway Transit (LRT) untuk ke satu destinasi yang agak mencabar. stesen KAMPUNG BARU. ahh, sakitnya telinga dengar nama tempat ni. mungkin ada sejarah tersendiri. bila saja tiba disitu, si kawan pun mulalah bercerita tentang perihal nostalgianya. pabila dia mula saja bercerita, fantasiku mulai kembali ke sejarah lampau. ini bukan cerita sejarah kampung baru.! walhal, ia berkisar tentang perjalanan sebuah cinta. aku mula mendengar dengan teliti bait2 kata darinya. disitulah detik bermulanya kisah si kawan dengan temannya terdahulu.
jejak yang kedua, aku menemani dia dan terus menaiki escalator untuk keluar dari tempat yang penuh sejarah tu, bertenggek pula di hentian teksi sebelah atas. aku makin pelik, apa la budak ni nak buat melepak tempat macam ni. dan disitu jugalah dia mula bercerita tentang perkara sebenar. dan disitu juga dia pernah bermalam ditemani hujan lebat, nyamuk dan embun pagi. bila dia mula bersuara, aku mula memahami mengapa dia mengajak aku kesitu. katanya, mungkin rindu yang datang sekali sekali. aku biarkan lagi dia bercerita, kata dia, disitulah dia benar2 memahami bagaimana dirinya tidak dihargai. yang pada mulanya disayang, dan akhirnya dibuang. begitu kecewa rasanya pabila dia tidak di endahkan walau dia tidak tahu dimana harus dia lontarkan segala rasa hiba.
jejak ketiga, KLCC! ahh paling tak suka pergi tempat ni, penuh dengan warga2 seberang yang berkeliaran macam ada pesta je. nak jalan pun rasa macam tak selamat. hmm, sampai je situ, tempat yang dituju, pintu masuk berhadapan air pancut berirama. kira2 area Dome. dan dia mula bercerita kembali, bahawa disitulah bermula segalanya. si kawan ni begitu ghairah bercerita sampaikan tak perasan yang pada masa itu hampir menyinggah waktu siang. aku pun setia mendengar.
jejak keempat, taman tasik titiwangsa. ahh bosannya.. tapi aku layankan saja kehendak kawan yang sorang ni. lagipun kalau duduk kat rumah tak tau nak buat apa. di tasik itu, katanya pernah dia dan juga seseorang bersama. berjogging bersama, lepak2 dan macam2 la..penat jugak dengar. layankan saja.
jejak kelima. tak cukup area kl, sampai ke PD dia bawak. bayangkan, dalam masa satu hari, pergi ke beberapa tempat dengan secara spontan tanpa ada apa2 perancangan. hah, dibawanya aku oleh si kawan ni tadi ke teluk kemang. adoi, tempat apakah ini? si kawan menjawab. di situ jugalah mereka pernah bersama dahulu. aku cuma ya kan saja. tempat yang sangat tenang. dan aku juga kira beruntung sebab setibanya disitu, matahari mula melabuh tirai. sangat cantik permandangan. teringat pulak pada seseorang. ah tidak.!
jejak keenam, balik pula ke KL, ingatkan dah tutup cerita, rupanya ada lagi. singgah pula stesen bas dato' keramat near to Damai. dia minta aku temankan duduk sebentar sambil makan aiskrim. part ni yang paling best. aku melantak je. orang belanja. ngee..
and for the last si kawan ni mengajak temankan dia berkaraoke. tempatnya, wangsa walk, wangsa maju. dah aku ni jenis x reti nak nyanyi, suara macam katak kepit, tunggang terbalik jadinya tempat tuh. lantaklah, aku layankan saya feeling dalam bilik tu.
sebelum dia menghantar aku balik, ditunjukkan sesuatu pada aku. lantas perkataan "bodoh" yang aku tujukan pada dia. tak perlu berbuat yang demikian. jangan menyakiti diri sendiri, sayanglah diri sendiri sebelum sayang orang lain. dan dia pula hanya berkata, "biar sakit dimata, jangan sakit dihati, sakit dimata ada ubatnya, sakit dihati terus merana". aku hanya diam tanda setuju.
itulah kisahnya cerita aku dan kawan aku dihari ini, 16 september menjadi saksi...
::dan hatiku adalah teman yang paling rapat bagiku::
1 comment:
get your game on
Post a Comment