tak pernah pulak jawab soalan yang di tagged pada aku.
since dah takda idea nak post apa arini, aku jawab soalan yang Fendi tag kat blog dia
thanx fendi!!
1. Siapakah orang yang paling anda sayang ?
haish trauma la kalau bercakap soal "sayang ni. tapi takpa, aku cuba keluar dari kotak dan luaskan pemikiran. haa kalau nak bercakap orang yang aku sayang. panjang lebar la jawabnya. tapi tak mengapa, aku pendekkan.
yang pertamanya, sah2 keluarga. sapa tak sayang keluarga?kalau ada yang tak sayang keluarga sendiri, meh aku lempang laju2. tak pun ikat leher ko then tarik sepanjang lebuhraya utara selatan.
kedua, orang yang rapat dalam hidup aku, dah banyak kali dok cerita pasal dorang kat blog ni. apai si ayam katik dan daus aka muki si ammah india. korang terbaik la! 5 tahun dah kita kawan. dari soal family sampaila cerita dalam kain, sume kita kongsi. oh tak lupa jugak si ayam tua, mahadir aka Along. haha sayang korang!!
ketiga, 8 budak hitam! bukan sebab kulit mereka yang hitam, alkisahnya macam cerita 10 budak hitam, ala yang budak2 kecik selalu nyanyi masa zaman sekolah rendah dulu2..ko tak tau lagu tu? pegi masok tadika balik! aiman si kacak, syikin yg kuat makan, tini bersuara emas, ika si kaki novel, cikrose yang kuat berangan, wani yang ala2 lady gaga tak jadi, bella si rambut palsu....sayang korang! nanti kita tiru masa exam lagi ye!!
keempat, yang ni dah macam abang aku sendiri da. tapi sayangnya, tak boleh tulis nama dia kat sini. controversy 1 malaya nanti. brother SAS.!!
kelima, alaaa ni yang susah sikit ni. kalau aku cakap aku sayang dia, nanti dia ingat aku ni tak paham bahasa punya orang. tapi nak buat camna, soal sayang ni datang dari hati. bukan suke hati je leh datang tiba2..ye dak? orang dah tak sudi, nak buat camna. hmm pasrah je la. saya sayang ex saya. geli la!!
2. Kenapa korang sayang dengan orang tue?
susah la nak cakap sebab2 kita sayang seseorang tu. aku sayang sebab mereka ni adalah/pernah/mungkin menjadi sebahagian dari hidup aku. takkan la nak sayang makcik2 yang ko jumpe tepi jalan pulak. sayang mereka kerana datangnya perasaan tu dari hati. biasa lah, aku ni hati basah, kalau sayang tak dapat nak sorok2. orang je yang susah nak sayang aku.
3.Berikan satu kata-kata sayang yang terbaik yang korang nak lafazkan kepada orang yang korang sayang, tapi masih tak mampu lagi untuk dilafazkan.
i love you!! haha saya perkataan yang boleh kita consider sebagai something yang common. tapi percayalah, untuk kelima2 kategori orang yang aku sayang seperti yang aku tulis panjang lebar kat soalan no 1 tu, belum pernah aku luahkan dengan seribu 1 makna. kalau ada pun, mungkin tak cukup nahu nya. yang sebenarnya ( mood yuna) aku sayang korang, tapi tak terkeluar pulak dari mulut. korang paham2 lah ye.
Then kena tag dkt 15 blogger laen..
Ikin si kuat makan
Ika si kaki novel
SAS
Safa
Wiwie
Bella zaman
Hazique Mirza
Fir hamzah
Pak9
dan lain2...
Ikin si kuat makan
Ika si kaki novel
SAS
Safa
Wiwie
Bella zaman
Hazique Mirza
Fir hamzah
Pak9
dan lain2...
2 comments:
hahahaha....lawak la hg ni..
p/s: syikeen la bkn syikin :)
haha lawak kan? lagi lawak kalau ade mood jejiwang..haha
Post a Comment