I AM STRONG ENOUGH

BUT IT DOESN'T MEAN I CAN'T CRY AT ALL

Thursday, November 25, 2010

Adakah Anda Tahu Apa Itu HIV/AIDS?

Hari ni, terpaksa ambil cuti separuh hari gara-gara perlu menjalani rawatan susulan berkaitan dengan sakit tempoh hari. selepas sahaja makan tengahari, terus menaiki bas dan pergi ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan - pendarahan dalaman akibat jangkitan yang menyebabkan komplikasi pendengaran.


Akibat terlalu lama menunggu, terlintas difikiran untuk melakukan UJIAN DARAH BERKAITAN HIV. ujian tersebut hanya memakan masa tidak sampai setengah jam dimana kaunseling akan diberikan terlebih dahulu sebelum darah di ambil. selepas sahaja mendengar nasihat daripada pembantu perubatan, maka, ujian dilakukan ke peringkat seterusnya. dan beberapa ketika itu, keputusannya sangat menggembirakan hati. saya disahkan NEGATIVE atau nama lainnya BEBAS DARI SEBARANG PENYAKIT BAWAAN SEKS / STD ( SEKS TRANSMITTED DISEASE) mahupun HIV. syukur Alhamdulillah, Allah masih sayangkan aku.


Untuk mereka diluar sana yang mana pernah melakukan hubungan seks samaada anda adalah lelaki/wanita straight, gay, biseksual, pengkid, lesbian atau sebagainya, berwaspadalah...kerana ia mungkin hadir tanpa kita duga...



APAKAH HIV?

Human Immunodeficiency Virus (HIV)

HIV adalah virus yang menyebabkan AIDS. HIV menyerang sistem daya tahan badan*, menyebabkan badan lemah dan tidak berupaya melawan jangkitan penyakit. Jika seseorang disahkan dijangkiti HIV, orang itu dipanggil positif-HIV (HIV+) tetapi tidak semestinya dia menghadapi AIDS.

* Sistem daya tahan badan adalah mekanisma badan yang terdiri daripada sel darah putih. Sel-sel ini menyerang dan membunuh kuman dan virus yang masuk ke dalam badan kita.

Acquired Immune Deficiency Syndrome (AIDS)

AIDS adalah nama yang diberi kepada sekumpulan penyakit yang menjangkiti orang yang HIV+. Ia berlaku apabila sistem daya tahan badan orang tersebut menjadi semakin lemah dan tidak berupaya melawan penyakit.

Bagaimanakah HIV boleh dijangkiti?

HIV hanya boleh dijangkiti melalui cara-cara berikut sahaja:

  1. melalui perhubungan seks tidak selamat (seks tidak selamat adalah seks tanpa menggunakan kondom lateks).
  2. melalui perkongsian jarum suntikan atau picagari.
  3. melalui ibu kepada bayinya semasa kehamilan, kelahiran atau penyusuan.

HIV hanya boleh berjangkit melalui darah, air mazi dan air mani termasuk darah haid. Darah atau cecair-cecair badan boleh memasuki salur darah orang lain melalui luka, kesan lecetan atau kudis. Mereka yang menjaga pesakit-pesakit AIDS dan yang memberi pertolongan cemas patut mengambil langkah berjaga-jaga dengan menggunakan sarung tangan getah semasa melakukan tugas.

Bagaimanakah HIV tidak boleh dijangkiti?

HIV tidak boleh berjangkit melalui air peluh, air kencing atau air mata. HIV tidak boleh berjangkit menerusi kulit yang sihat ataupun melalui udara seperti virus selesema. HIV tidak boleh hidup di luar badan manusia seperti di atas kulit atau pakaian, dalam air atau udara.

HIV tidak boleh dijangkiti melalui

  • Pendermaan darah
  • Berjabat tangan dan berpelukan
  • Berkongsi telefon, kolam renang dan tandas awam
  • Berkongsi makanan dan perkakas dapur
  • Berkongsi tempat tinggal, bekerja bersama, belajar bersama atau berkongsi tempat tidur
  • Bersin, batuk, air peluh atau air kencing
  • Gigitan serangga (termasuk gigitan nyamuk) atau binatang
  • Menjaga seseorang yang positif-HIV

Bagaimanakah caranya untuk mengetahui samada saya telah dijangkiti?

Satu-satunya cara untuk mengetahui samada anda telah dijangkiti adalah dengan menjalani Ujian Antibodi HIV

Apakah tanda-tanda atau simptom-simptom jangkitan HIV?

Permulaan jangkitan HIV biasanya tidak menunjukkan sebarang tanda. Ada jangkitan yang akan menunjukkan simptom yang menyerupai demam selesema tiga sehingga enam minggu selepas jangkitan. tetapi ini berlainan dari seseorang ke seseorang yang lain; orang itu mungkin sembuh dan berkeadaan sihat selama beberapa tahun sehinggalah sistem daya tahan badannya menjadi lemah dan orang tersebut jatuh sakit disebabkan jangkitan penyakit yang berulang-kali. Tanda awal yang serupa juga berlaku semasa jangkitan virus lain. Oleh kerana tanda-tanda ini hilang dengan mudahnya, ramai yang tidak mengendahkannya dan mengaggapnya sebagai penyakit biasa. Jadi, satu-satunya cara untuk mendapat kepastian adalah dengan menjalani Ujian Antibodi HIV terutamanya jika anda rasa anda telah melakukan aktiviti yang berisiko.

SEKS SELAMAT

Apakah seks selamat?

Seks selamat adalah hubungan seks di mana air mazi, air mani atau darah tidak masuk ke dalam badan orang lain.

  • Seks selamat adalah hubungan seks menggunakan kondom lateks dan pelincir berasaskan air seperti gel K-Y.
  • Seks selamat adalah perlakuan seks seperti bersentuhan atau melancap dimana kedua-dua pihak tidak mempunyai luka atau ruam pada tangan mereka.

Cara-cara ini dipanggil "seks selamat" kerana ianya meminimumkan risiko jangkitan, tetapi tidak menghapuskan jangkitan sama sekali. Aktiviti seksual akan sentiasa mempunyai risiko terutama jika salah seorang pasangan adalah positif-HIV. Seks selamat juga boleh mencegah jangkitan penyakit kelamin yang boleh meninggikan risiko jangkitan HIV. Penyakit-penyakit kelamin memudahkan HIV menjangkiti sel-sel badan.

MITOS & BENAR TENTANG SEKS DAN HIV

Yang Benar

  1. Penggunaan kondom dengan betul adalah yang terbaik dalam menghalang jangkitan HIV semasa hubungan seks kerana ia diperbuat dari lateks/getah.
  2. Kondom juga boleh melindungi mulut, faraj, dubur dan zakar dari air mazi, air mani dan darah yang mengandungi HIV serta penyakit-penyakit kelamin lain.
  3. Jangan biarkan alkohol/dadah atau pasangan yang menarik mengalih perhatian anda daripada amalan seks selamat.
  4. Seks selamat adalah salah satu cara untuk menghalang jangkitan HIV.
  5. Anda boleh dijangkiti HIV jika melakukan seks tidak selamat.
  6. Masih tiada penawar untuk HIV/AIDS tetapi terdapat ubat anti HIV dalam pasaran yang boleh memperlahankan kemaraan penyakit ini.
  7. Anda tidak boleh dijangkiti HIV dengan berpelukan, berjabat tangan, bersentuhan, melancap dan berciuman.
Sumber: Majlis AIDS Malaysia

2 comments:

Rezz Fukumoto said...

nak cek la...tp busy la..napa dorg x buat kat UNIVERSITI ah?? kan bagus kalau kana buat di universiti...hehe

Ahmad Firdaus @ Yau said...

pegi je mana2 klinik atau hosp kerajaan..rawatan dan ujian percuma.

tak boleh buat kat universiti sebab ujian ni PnC..kalau pergi hosp kerajaan pon dorang tak akan ambil apa2 maklumat kita sebab identiti akan dirahsiakan...

good luck:-)