I AM STRONG ENOUGH

BUT IT DOESN'T MEAN I CAN'T CRY AT ALL

Friday, November 26, 2010

Wanita, Lelaki dan ...

kalaulah kita ini dilahrikan sebagai seorang wanita atau nama lainnya homosapien yang berjantina perempuan, mungkin lebih sukar untuk kita memahami apa yang mereka lalui. biarpun dikatakan lelaki itu lebih hebat tanggungjawabnya dari wanita, akan tetapi, wanita itu lebih tampan dari segi hatinya, lebih segak dari tutur bicaranya, dan lebih kacak dari segi tingkah lakunya.

Mana tidaknya, bila kita berbicara soal kehidupan, ada kalanya wanita lebih cenderung untuk lebih memahami isi hati yang lain berbanding lelaki. jika ditanyakan setiap insan, siapakah yang pertama terlintas difikiran jika seseorang itu ditimpa musibah atak kecelakaan? maka ada yang menyatakan mereka terjurus untuk memilih si Ibu berbanding si bapa. kerana si ibu itu lebih bersifat penyayang walaupun si bapa berbuat yang sedemikian rupa.

dalam soal cinta pula, siapa yang lebih obses untuk saling menyayangi? lelaki atau wanita? walau ada juga kajian yang menyatakan bahawa wanita itu mempunyai kemungkinan yang agak besar untuk melakukan beberapa perkara diluar jangkaan apabila mereka merasa kegagalan sebuah percintaan seperti membunuh diri, itu sudah cukup membuktikan bahawa wanita itu lebih penyayang berbanding orang yang mereka sayang.



jauh sedikit dari soal percintaan, berbalik kepada isu perhubungan. ada yang mengatakan bahawa wanita itu sanggup menggadaikan tubuh bagi meraih kasih sayang dari insan yang mereka cintai, maka tidak hairanlah mengapa berleluasanya hubungan seks luar nikah. dan disini pula, ia sudah jelas menyatakan bahawa si wanita itu mempunyai sifat cinta yang mendalam berbanding lelaki.

Tetapi...


ada juga wanita yang tersembunyi dibalik nama seorang lelaki, dan mereka juga mempunyai sifat seorang yang penyayang, pecinta, dan juga obsesi dengan siapa mereka menyayang. bukan itu kehendak mereka, tapi ia hadir dengan sendirinya. ia adalah sebuah naluri yang azali. hanya mereka yang memahami...




3 comments:

Anonymous said...

i got you!!

nice entry!! haha

::FAIZ FARISH:: said...

Nice I like this...

Ahmad Firdaus @ Yau said...

anon anf Faiz, thanx for like this..haha..