I AM STRONG ENOUGH

BUT IT DOESN'T MEAN I CAN'T CRY AT ALL

Wednesday, February 23, 2011

cankered?

Pertama, bagaimana perasaan anda jika orang yang anda kenal datang kepada anda dan bertanya tentang perasaan anda terhadap dia?

jawapan saya: kita tunggu dan lihat sejauh mana perasaan itu mampu pergi...

kedua, bila kawan anda jatuh cinta dengan bekas kekasih anda, anda rasa macam mana?

jawapan saya: tak rasa apa-apa pun, malah geli hati dan rasa seperti mahu gelak guling-guling.
tak payah buang masa jatuh cinta dengan beliau. itu salah satu usaha yang tidak berbaloi.

ketiga, kawan anda itu bertanya lagi bagaimana sejarah silam anda dengan bekas kekasih anda?

jawapan saya: kalau mati itu perkara yang paling sakit di dunia, saya lagi rela mati dari bersama orang yang takda hati perut seperti dia. tak ada apa-apa yang perlu dikesalkan dengan orang seperti dia. rupa pun ala kadar, harta pun tak ada, tak perlu bongkak dan bercakap besar.

keempat, kawan anda tanya lagi, kalau dia bercinta dengan bekas kekasih anda, anda cemburu tak?

jawapan saya: cemburu? tidak sama sekali. malah saya rasa meluat dah tidak ambik peduli walau sedikit pun.

Soalan terakhir: anda sayang dia lagi? masih meletakkan harapan untuk dia kembali?

jawapan saya: tak sama sekali. bagi saya itu sekadar kisah lama. dah boleh masuk dalam tong sampah...

No comments: