I AM STRONG ENOUGH

BUT IT DOESN'T MEAN I CAN'T CRY AT ALL

Wednesday, February 23, 2011

cankered?

Pertama, bagaimana perasaan anda jika orang yang anda kenal datang kepada anda dan bertanya tentang perasaan anda terhadap dia?

jawapan saya: kita tunggu dan lihat sejauh mana perasaan itu mampu pergi...

kedua, bila kawan anda jatuh cinta dengan bekas kekasih anda, anda rasa macam mana?

jawapan saya: tak rasa apa-apa pun, malah geli hati dan rasa seperti mahu gelak guling-guling.
tak payah buang masa jatuh cinta dengan beliau. itu salah satu usaha yang tidak berbaloi.

ketiga, kawan anda itu bertanya lagi bagaimana sejarah silam anda dengan bekas kekasih anda?

jawapan saya: kalau mati itu perkara yang paling sakit di dunia, saya lagi rela mati dari bersama orang yang takda hati perut seperti dia. tak ada apa-apa yang perlu dikesalkan dengan orang seperti dia. rupa pun ala kadar, harta pun tak ada, tak perlu bongkak dan bercakap besar.

keempat, kawan anda tanya lagi, kalau dia bercinta dengan bekas kekasih anda, anda cemburu tak?

jawapan saya: cemburu? tidak sama sekali. malah saya rasa meluat dah tidak ambik peduli walau sedikit pun.

Soalan terakhir: anda sayang dia lagi? masih meletakkan harapan untuk dia kembali?

jawapan saya: tak sama sekali. bagi saya itu sekadar kisah lama. dah boleh masuk dalam tong sampah...
sebelum update, nak cari bulu ayam kejap..dah bersawang rasanya blog aku ni..

dah lama tak update any latest entry. ingatkan bila dah masok part 6 ni sume kerja macam mudah sebab tak banyak subject, tapi sebaliknya pulak. ditambah dengan kerja2 luar, jadi serabot kepala. nak update pon otak jadi blank sebab terlalu banyak dalam kepala ni...

alkisahnya, bulan kedua untuk tahun ni sangat mencabar. kadang2 rasa macam nak rebah je. bukan mudah nak dapatkan segulung ijazah! ibarat orang mendaki gunung, tersalah langkah, ke gaung jawapnya.

aku harap aku masih lagi berada di laluan yang benar untuk mencapai apa yang aku cari sekian lama...

sedar tak sedar dah 16 tahun bergelar pelajar! macam2 dugaan hidop dan pelbagai ragam manusia yang aku jumpe..

ini je la ringkasan yang aku dapat simpulkan buat beberapa minggu ini...


SOUL GARDEN! RM 118 UNTUK MAKAN TENGAHARI 3 ORANG. 
MEMANG MURAH DAN PECAH PERUT!!







PEMBANTU PENYELIDIK BAGI PILIHANRAYA KECIL DUN N.05, TENANG, JOHOR BHARU DAN DUN N.27 MERLIMAU, MELAKA 





PETUGAS BAGI PILIHANRAYA FAKULTI (BASS) BAGI SESSI 2011/2012



KENDURI TAHLIL  19/02/11


rutin harian untuk ke kelas! penat!!




 



dapat baby baru!! si capik namanya
sebab kaki die lumpuh kene langgar motor!




wajah kesayangan hamba...

 


dan juga sidia...
semoga ketemu lagi..kau sentiasa dihati..
tak reti nak jiwang2 la skang ni



sedetik lebih...
hari2 jumpa pun tak mengapa, rasa indah!!

Wednesday, February 16, 2011

Membujur Lalu Melintang Patah



Bila kita sudah terlalu lama mencari sesuatu, dan bila sesuatu itu datang dengan sendirinya, maka kita merasakan yang dunia ini milik kita...

semuanya...




Tuesday, February 15, 2011

Teka Teki Mintak Penampaq!!

1) Lubang ape yang rasanye hangat,nikmat dan nyaman?
Answer: LUBANGun pagi2, tarik selimut pas tu tido balik.

2) Minyak ape yang disukai oleh lelaki?
Answer: MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-M

3 ) Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Answer: Kuih salah bikin.

4) Binatang ape yang power dlm bab berKarate?
Answer: Kuda belang.cube kira brape black belt dia ade.

5) Siape yang menemukan dompet kulit?
Answer: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan
kepada saye.

7) Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Answer: Pintu yang ade tulis 'TARIK'

8) Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
Answer: Pembohong...

9) Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'?
Answer: Usus

10) Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Answer: Kutu rambut

11) Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
Answer: Neneknye si katak

12) Kenape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
Answer: Sbb lelaki ni kan 'buaya'

13) Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Answer: - Sekretari baik..................'Selamat pagi tuan'
- Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni tuan'

14) Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Answer: Dua-dua tak kenal korang...hehe

15) Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
Answer: Tukang gali kubur

16) Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
Answer: Tahi hidung

17) Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
Answer: Dua-dua kalau dah ' kringgg' bole diangkat...

18) Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Answer: Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ....gile
ape...



Friday, February 11, 2011

ada juga pengunjung di blog saya yang kuat seks!!



After I have been blogging for almost one year, I try to figure out the statistic based on the page viewed on this blog. The current number of people who access my blog at this moment are around 7800 viewers, which is not included my own page-views since I have setting up the system not to do so. This number represents the total amount of my viewers.



Viewers tertinggi adalah dikalangan Malayisan dengan jumlah yang mencecah sebanyak 3900.

yang tak tahan, orang korea pon masok dalam blog ni jugak!
terima kasih banyak2 kepada mamat2 dan minah2 Korea yang mengunjungi blog aku walaupun aku tau korang tak paham menatang apa yang aku carutkan dalam blog ni...




aku yakin ada jugak orang yang click button "Share" kat facebook berkaitan blog aku sebab aku pernah nampak dan ade jugak yang hantar email supaya aku menjawab pertanyaan mereka yang kadang2 seperti mintak untuk dilempang laju2.. terima kasih kepada 400 pengguna facebook yang berbuat demikian.



Terima kasih juga kepada http://masakomichiko.blogspot.com/ sebagai pengunjung yang agak kerap masuk blog ni... i like your headline in your blog! it's inspiring!!



Post yang banyak mendapat pembaca...




ape tuh? cube tengok betol2!!



dan yang paling membuatkan aku terpaku seketika. ada juga dikalangan pengunjung di blog aku yang gila seks!! ye gila seks! haha..

dimana mereka menggunakan search engine dengan meletakkan perkataan yang kurang sedap untuk disebut. blog ini hanya cerita merapu. tiada kaitan dengan seks. aku ni simbol/icon lucah atau sexy ke? hahaha WTF!!



Thursday, February 10, 2011

Getar Hati

Menanti Memang Payah
Kerana Aku Mudah Resah
Angin Kian Kelabu
Kesabaran Ini Menghukum Aku...

Tuesday, February 8, 2011

Just Rambling...

When people walk away from you, let them go...
Your destiny is never tied to anyone who leaves you and it doesn't mean they are bad people...
It just means that their part in your story is over...

Saturday, February 5, 2011

bila kita dah ketandusan idea bagaimana untuk meraih hati yang gembira, maka akan membunga zarah seni dalam hati kita...

saya sedih ni..
saya malas la nak balik bumi Hang Tuah.
penat...sangat penat nak mengadap ramai orang.
saya penat nak mengadap orang yang jatuhkan air muka saya.
arang dimuka pon masih tak hilang..
saya nak lari..
lari jauh2..
supaya orang tak nampak saya.!!
sedih...
kesal..
entah..
saya serabut..
sedih...tolong saya lengkapkan baris2 pantun yang tak siap ni...


Kusangka aur dipinggir tebing,

kiranya tebu di pinggir bibir,

Kusangka jujur pancaran batin,

rupanya palsu menghias zahir.



Kukira hati jiwa nurani,

suci seindah wajah terbayang,

Kukira budi seikhlas budi,

kulupa lidah tidak bertulang...



kusangka putih itu indah

akan tetapi, hitam yang menyinar

kusangka itu tentang bahagia

rupanya yang hadir hanya derita



kusangka madu semanis cangkih

yang ada hanya gula hempedu

kusangka awan sentiasa biru

rupanya kelam yang datang hiba...



kusangka indah bila hadir

cuma yang ada hanya derita

kusangka hadir untuk menerpa

tapi sayang, yang datang hanya bayang



kusangka pulang tanpa dendam

kusalutkan bahagia mahupun derita

kusangka....

Wednesday, February 2, 2011

Time Off

Messages deleted
Number deleted
Memories deleted


Berehat sebentar dari berblogging