Entah...
masihkah ada cinta dihatiku untukmu...
ok abaikan, sekadar tengiang2 di fikiran tentang lagu si Afgan...
ini tiada kaitan tentang entry cinta. seperti lawak pula bila berkata tentang cinta kerana saya bukannya orang yang hebat tentang cinta.
hari ini, masih lagi terfikir mana perginya kebolehan dan kemampuan untuk membaca dan mengenal isi hati yang lain. kalau dahulunya, dengan mudah dapat ku zahirkan pemikiran pada orang lain.
entah...
tapi sedetik dua ni, ia hilang. kenapa? kerana mungkin sudah penat. penat dengan orang lain yang hanya mementingkan diri sendiri. tatkala kita mencuba untuk menjaga hati mereka, mereka tidak sedar yang mana mereka telah menyakiti hati kita pula.
entah...
saya sudah penat menjaga hati dan perasaan orang lain. yang kononnya mereka sangat memahami keadaan kita yang dalam kesempitan dan memerlukan. apa yang mereka tahu, kita sudah cukup gembira melalui air muka yang dipersembahkan, walhal dalam hati sungguh kecamuk.
entah...
apa yang berlaku beberapa minggu ini sangatlah menyiksakan kerana terpaksa berkorban untuk orang lain berbanding kepentingan diri sendiri. akan tetapi sayangnya mereka tidak nampak semua itu. apa yang mereka lihat adalah usaha yang kecil berbanding keringat yang dicurahkan. sungguh terkilan.
entah...
yang dahulunya ada seseorang yang sangat rapat dengan saya yang berkongsi segala duka tetapi bukan yang bahagia. dan saya pula menjadi pendengar yang baik kerana saya dicipta mungkin untuk itu. akan tetapi, sekarang? ya, bila sudah bahagia tak pula menampakkan dirinya mahupun khabar berita.
entahlah...
saya sungguh terkilan. bila ada apa sahaja khabar berita yang baik, saya disanjung, pabila yang buruk pula tiba, jarinya dituding kepada saya. yang mana pemberatnya hanya diletakkan pada saya
entah...
akan tetapi, saya merasa sangat gembira dengan kehadiran kawan yang sangat rapat dan berkongsi segala luar dan dalam sesuatu masalah. ini adalah tahun kelima kami menjadi sahabat yang sangat rapat. walau kami pernah melalui detik hitam yang hampir memisahkan, ia tidak mampu menjarakkan kami.
hari ini, saya terpaksa lagi membuat pilihan. yang sebenarnya saya ditawarkan latihan praktikal di tiga tempat iaitu menara berkembar petronas, UiTM Kedah dan UIA gombak. saya masih tidak mampu memberi apa2 jawapan kerana masing2 mempunyai kelebihan yang tersendiri. masih memikirkan tentang keputusan. putus...
entah

No comments:
Post a Comment