Rasanya dah lama aku x post entry dalam bahasa inggeris, kadang kala bahasa memainkan peranan dalam sesuatu penyampaian. tapi x mengapa lah, asalkan aku dapat muntahkan segala rasa dalam hati, itu sudah cukup dari yang baik.kali ni, aku terpanggil untuk menzahirkan segala rasa yang belum pernah aku luahkan. adakalanya, bibir mampu mengukir senyuman yang paling manis, akan tetapi, hati tak pula begitu, yang terluka terhiris akan tetap berparut.
sejak kebelakangan ni, aku menjadi seorang penipu! ya, penipu terhebat yang mana aku sendiri x pernah jangkakannya. aku menipu orang sekeliling aku! aku menipu diri sendiri juga.
Apakan daya, dibibir hanya senyum gembira, padahal dalam hati, hancur, gundah gulana, terhiris duka. hmm, tu la yang aku maksudkan sebagai penipu. nak buat macam mana, orang sekililing x dapat rasakan bagaimana yang aku lalui sekarang ni. terlalu pedih untuk aku terima, sampaikan tiada ungkapan yang mampu untuk menzahirkan rasa dalam hati ni. mungkin apa yang terjadi ada hikmahnya, itu mungkin.. tapi jika mungkin itu dijadikan alasan, macam mana pula.?
tak mustahil jika sesuatu kejadian itu tiada alasannya. masih aku teringat kata2 dari seseorang yang kini sudah rapat dengan aku...
"yau, teruskan melangkah walau terpaksa di papah"
sampaikan terpaksa dipapah? itulah yang aku alami sebenarnya, sampai kaki sendiri tidak mampu untuk menampung langkah2ku. sampaikan aku terkujur. mungkin ini kerana cinta pandangan pertama yang jatuhnya kedalam mata hati yang terlalu mendalam untuk diselami.
entah kenapa, selepas apa yang berlaku, aku masih sedikit pun tidak dapat melupakan dia, aku masih mencari jawapan mengapa aku terlalu rindukan dia, aku sendiri tidak pasti apa yang aku rasa. mungkin ini kerana terlalu cinta. terpanggil aku untuk kembali mendengar tiap2 bait lirik yang dimainkan oleh Kotak, Masih Cinta
ya, aku masih terlalu cinta pada dia. walaupun aku mengambil tindakan untuk menjauhkan diri darinya kerana itu permintaan dia, dimana keputusan yang dibuat itu untuk kebaikkan masing2. walaupun aku rasa ianya amat perit untuk aku terima.tapi x mengapalah, asalkan dia bahagia, itu sudah cukup bagi aku. aku terlalu rindu dia. sampaikan menggigil aku rasa, lagi2 bila aku xdapat khabar dari dia. rasanya sudah lama dia mendiamkan diri. apa yang aku lakukan hanya membelek semua gambar2 dia setiap hari, sebelum dan selepas bangun dari tidur. gila bukan?
tapi tu la hakikatnya. aku sendiri x dapat elakkan dari berbuat begitu. kadang kala berjurai jugak airmata bila aku dapat merasakan yang aku tak lagi diperlukan dari hidup dia. dicampaknya aku hidup2 ke tengah lautan. tertinggallah aku disitu yang hanya menanti sesuatu yang tidak pasti.
mungkin yang membaca blog aku ni hanyalah 2 orang dari berbillion yang ada di muka bumi ni, tapi aku x kisah.yang penting bukan bertujuan untuk berbangga, akan tetapi sekadar luahan rasa.
ada satu ketika diamana saya merasakan yang hidup ini terlalu indah, cuba anda kembali kepada entry saya yang pertama sekali saya post dalam blog saya ni. masa itulah saya dapat rasakan betapa indah dunia ini. masih lagi saya teringat akan janji2 saya yang saya masih pegang sampai ke hari ini...
hanya kerana janji saya itu, maka sehingga ke hari ini, saya tetapkan pendirian yang saya tidak akan meninggalkan dirinya, walaupun saya bukan lagi sesiapa kepada dia. bodoh sungguh saya kan? tapi apakan daya, orang lain mungkin mampu untuk mengabaikan janji2 mereka, tapi bukan saya! walaupun saya boleh dikatakan hanya bertepuk sebelah tangan, saya x pernah kisah itu semua. apa yang penting bagi saya, janji tetap janji.
rasanya sudah hampir 2 minngu dia menghilangkan diri dari saya, dan dalam 2 minggu itulah saya ternanti2 lagu Seconhand Serenade, Your Call berkumandang dari sony saya tuh. sampaikan saya menjadi orang yang sangat trauma dengan lagu tersebut.jika terdengar di mana2 lagu itu dimainkan, maka hati dan perasaan bertukar menjadi sayu, teramat sedih kerana terlalu rindukan suara dia.
hmm, jangkaan saya untuk mengambil masa empat tahun untuk memulihkan kembali hati saya mungkin tersasar jauh, kerana apabila di nilai semula, tempoh itu mungkin terlalu singkat, maka dalam masa empat tahun itu juga ( mungkin lebih) akan terus merana kerana masih ada rasa yang tertinggal. saya juga terfikir mengapa orang lain begitu mudah untuk kembali kepada keadaan asal dari hati yang luka, tapi bukan saya. seperti yang saya katakan, mungkin kerana ia adalah pengalaman pertama.
saya tahu bagaimana pahit dan sakitnya rasa itu, tetapi saya sendiri tidak pasti kenapa saya memilih untuk sakit. mungkin sakit itu yang mengajar saya untuk merasa bahagia? saya sendiri tidak pasti.
Apalah yang ada pada sang bintang jika bulan bersendirian,
Apalah yang ada pada sang angin kalau yang berhembus hanyalah sang bayu,
Apalah yang ada pada hati kalau jiwa tak disisi,
Biarlah jejak walau terawang,
Biarlah hadir walau sirna,
Biarlah wujud walau terkujur
Apalah yang ada pada sang angin kalau yang berhembus hanyalah sang bayu,
Apalah yang ada pada hati kalau jiwa tak disisi,
Biarlah jejak walau terawang,
Biarlah hadir walau sirna,
Biarlah wujud walau terkujur
itulah kata2 yang membuatkan saya kuat setiap hari,
mungkin benar bahawa jejakmu akan terhapus oleh sang hujan, tapi mengapa kemarau masih berpanjangan sehingga ia tidak mampu untuk pergi walau sesaat masa berlalu.
kerana aku masih cinta, maka aku merasa derita...
Kadang-kadang aku rasa aku terlalu penuh dosa.
Kadang-kadang aku rasa aku kuat.
Kadang-kadang aku rasa aku sangat tak ada daya.
Kadang-kadang aku rasa aku bijak.
Kadang-kadang aku rasa aku paling bodoh.
Kadang-kadang aku mohon untuk tamatkan hidup lekas.
Kadang-kadang aku mohon untuk panjangkan umur.
Kadang-kadang aku senyum gelak ketawa.
Kadang-kadang aku nangis meleleh air mata.
Kadang-kadang aku rasa aku ada semua.
Kadang-kadang aku rasa aku kosong.
Ku mengerti perpisahan ini
Bukan kerana kau membenci
Tapi kasih yang pernah kuberi
Tiada lagi bersama
Seringkala aku terlihatkan mu
Impian nan indah
Bersulam bahagia
Ku harungi hari demi hari
Bersama wajah tak mungkin akan kembali
Tapi hati masih tak terima
Ditinggalkan sengsara
Keraguan ini bukanlah padamu
Perasaan hati masih rindu
Kekalutan ini hanyalah untukku
Tercari-cari bayanganmu
Tak sanggup aku kehilangan
Kehilanganmu
Kasih tercari-cari
Keraguan ini bukanlah padamu
Masih tercari-cari bayanganmu
Tak sanggup aku kehilanganmu
No comments:
Post a Comment