entah, bila bercakap soal berkecil hati ni, dah terlalu lama memendam rasa kepada mereka2 yang membuatkan aku rasa macam aku ni tak pernah wujud dalam satu2 keadaan. dah terlalu lama sangat memendam rasa. sampaikan satu tahap hilang yakin pada diri untuk menjadi seseorang kepada mereka. kalau dulu, bila hati terluka mahupun terguris, aku terus untuk memujuk dan kembali untuk jernihkan keadaan. tapi sekarang ni, lain jadinya. aku sampai jadi tidak endah dengan keadaan sekeliling. sampaikan tak tahu siapa mereka kepada aku.walaupun mereka adalah orang yang mungkin menjadi seseorang yang mungkin menjadi tempat aku berpaut bila aku jatuh. sungguh, aku terkilan dengan mereka, mereka dan mereka.
siapa mereka? biarlah menjadi satu rahsia bagi aku. aku dah tak larat nak menjaga hati dan perasaan orang lain sedangkan hati aku tak siapa yg endahkan. hampa yang kau rasakan, hampa lagi yang aku lalui.biarlah mereka dengan keadaan mereka yang merasa sentiasa betul dan tidak pernah ada cacat celanya.bukan aku nak katakan yang aku ni terlalu sempurna untuk setiap perkara, tapi bila aku dah mula mengatur langkah, maka tidak akan ada apa yang mampu menahan. dah lama aku pendam rasa.cuma sekarang ni baru aku rasa yang aku tak perlu berdiam lagi kerana mereka, mereka dan mereka tak pernah lansung hargai sebagaimana aku hargai mereka.
yang seorang ni, bila mana ada sahaja masalah, bila menangis, bila sedih, mulalah mencari aku. bersandar dibahu dan meluahkan segala permasalahan mereeka. dari A sampailah Z aku mendengar. tak cukup dengan itu, setiap kudrat aku curahkan untuk membantu selesaikan masalah. sampailah aku mampu buat dia tersenyum. TAPI, bila dia dah senang, dah happy, maka aku ni pon macam tak ada fungsinya,bila aku mintak tolong perkara yang kecil, susah betul nak hulurkan tangan. aku tak mintak duit, tak mintak pertolongan yang berat2, cuma sekecil semut pun tidak mungkin. malah, aku dah block dari list FB. maka bila sampai satu tahap aku dah merasa ok, aku akan unblock semula. cuma masa yang tentukan.
orang yang kedua pula. entah kenapa, apa sebabnya, dengan tidak semena-mena berubah hati, berubah tingkah laku yang mana aku rasa seperti tidak pernah wujud dalam hidup dia. alasannya, mahu aku tumpukan pada exam yang tak lama lagi membolehkan aku bergelar pemegang ijazah. apa semua itu? nak dekat exam kan? jangan lah buat aku sedih dengan cara sebegini rupa. kenapa perlu berdiam untuk seketika hanya kerana exam. yang sepatutnya kau harus buat aku rasa gembira, senang dengan keadaan yang mana mungkin mampu memberi aku semangat juang yang tinggi nak hadapi exam. TAPI, aku mula merasa was-was dengan semua itu dan akhirnya menyusutkan rasa sayang yang dah lama wujud. yang mana mungkin memudarkan keadaan dan menghilangkan rasa "kepunyaan". dan akhirnya aku block dari list FB kerana aku tak sanggup untuk melihat gambar mahupun setiap status yang dia update. aku berkecil hati dan merasa terkilan.
yang ketiganya, orang yang aku rasa rapat tetapi terlalu mementingkan diri sendiri.aku pun tak tahu dimana silapnya bila aku katakan yang aku tidak mudah untuk mempercayai sesiapa walau baik macam manapun. bagi aku, kalaulah orang mampu menipu kita dengan cara yang paling kita tidak boleh kenalpasti, maka tidak akan ada lagi peluang kedua tentang kepercayaan dari aku. aku sudah serik, serik untuk ditipu mahupun ditikam dari belakang.ia sudah berlaku lebih dari itu. MAKA, aku terpaksa block dia dari FB aku. bukan kerana aku tidak mempercayai dia sebagai kawan, cuma aku perlukan masa untuk memperbaiki semula perasaan BERKECIL HATI yang wujud sekarang ni dalam hati aku.
sampai satu tahap aku merasa sangat terkilan, sedih dan macam-macam lagi. aku perlukan masa untuk semua itu. dan handphone juga kini menjadi hiasan sahaja dalam locker. sebelum ni, hampir berbulan aku membawa diri dari mereka yang sebelum ini pernah menyakiti aku atau membuatkan aku berkecil hati. tiada talian sebagai penghubung, tiada laman sosial mahupun tiada apa jua medium untuk berkomunikasi. handphone dimatikan untuk jangka masa yang panjang. kerana untuk kali ini aku bertekad untuk menyedarkan mereka yang bila aku tidak wujud disisi mereka, aku jua mampu berdiri di atas kaki sendiri. biarpun hati terluka, lambat laun pulihlah ia, walaupun meninggalkan parut yang kekal disitu. aku tak kisah dah. kalau nak dikira berapa banyak plaster yang dah tertampal kat hati aku, mungkin sudah tiada ruang untuk ditambah plaster lagi. aku tak kisah. biarlah mereka bahagia dengan cara hidup mereka,
apalah kisah aku seterusnya selepas ini...yang penting aku akan terus membawa diri yang sudah sekian lama terluka dan berkecil hati ini..aku lalui dengan setiap langkah yang berbungkus semangat yang baru. aku melangkah dan terus melangkah...
Ignorance Is Bliss
No comments:
Post a Comment