I AM STRONG ENOUGH

BUT IT DOESN'T MEAN I CAN'T CRY AT ALL

Friday, June 18, 2010

Kenapa Dengan Hari ni?




bangun je pagi tadi diselubungi 1001 rasa dalam hati. secara zahirnya nampak tenang, tapi didalam hanya tuhan yang memahami. entah kenapa, hari ni rasa seperti ingin menangis sepuas-puasnya. dalam hati penuh dengan rasa hiba, sedih, suram, pilu dan yang penting sekali segala kenangan lama terimbau kembali. dah aku cuba sedaya upaya menolak segala rasa itu, tetapi tidak berdaya.


mungkin di saat ini aku terlalu memerlukan orang2 tersayang untuk dekat dengan aku, mendengar rintihan hati yang sudah lama aku pendam. ia sukar untuk ditafsirkan kerana terlalu mendalam. sebagai manusia biasa, apa yang mampu aku lakukan adalah mendekatkan diri pada yang Esa, akan tetapi tidak mudah untuk mengusir segala rasa itu. terlalu perit, terlalu sakit.

sudah lama aku pendamkan ia sebagai satu kalimah yang lain tidak pernah fahami apa yang aku cuba sampaikan. rasanya dah lama air mata tidak mengalir kerana aku hanya memendam rasa dalam hati. pelbagai tohmahan aku terima bagi menguatkan hati, akan tetapi x terdaya aku melawannya.

hari ni terlalu suram bagi aku. hati seorang perindu yang hanya memendam rasa yang masih tertinggal dalam hati. mungkin kau tidak merasakannya kerana bagimu ia hanya permainan jiwa. cubalah sejenak untuk merasa apa yang tersingkap dalam hati ini, lalu kau akan mengerti betapa pedihnya hati ini. terlalu perit! sakit sangat!!!



dengan apa yang kau lakukan, aku terima seadanya kerana perasaan SAYANG yang terlalu mendalam dalam hati ini. mungkin kau takkan tahu betapa aku sanjungi dirimu sampaikan aku terpaksa merelakan setiap apa yang kau lakukan bagi menyakiti hati ini. aku biarkan kau hidup dengan duniamu yang indah belaka itu, berbanding aku yang hanya melayari hari2ku dengan segala kepedihan. dah aku biarkan berlalu tirai kisah semalam, tetapi apa yang ada kini hanyalah rasa untuk meniti titian kesepian. sebagaimana yang banyak dikatakan orang, CINTA ITU SUCI, sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. cinta mengharap balasan cinta...

jika derita merindu itu membuatkan aku bahagia,
MAKA AKU PILIH DERITA...

::kerana kau tak pernah tahu betapa berharga sekali dirimu buat hati ini::





No comments: